Sabtu, 3 September 2011

Cinta Sejati Cinta Abadi Cinta Hakaki

Wahai diri,
Mengapa kau harus bersedih kerana cintamu tak dibalas oleh manusia,
Mengapa kau harus merana hanya kerana si dia,
Mengapa kau harus muram seharian hanya kerana dia tidak senyum padamu,
Usahlah kau bersedih, merana dan muram lagi,
Ingatlah masih ada cinta yang lebih luas dan bahagia berbanding cintamu kepada si dia,
Melalui solat dan zikir kepadaNya, kau mampu memperoleh ketenangan hati,
Melalui berpuasa kau mampu mendidik nafsumu agar terarah kepada mengingatiNya,
Melalui sedekah kau mampu memperoleh rahmatNya yang melimpah ruah,
Melalui doa, kau mampu memohon kepadaNya apa sahaja yang kau inginkan,
Dialah Allah Yang Maha Esa, Maha Penyayang, Maha Pencinta,
CintaNya sentiasa subur di hatimu sekiranya kau menanam benih Taqwa,
Kemudian cintaNya akan mekar sekiranya kau menyirami Taqwamu dengan amalan ikhlasmu keranaNya,
Akhir sekali, kau akan hidup sehingga tiba ajalmu bersama keindahan mencintaiNya yang sarat dengan kebahagian yang hakiki.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan